Dibina oleh kontraktor, untuk kontraktor. RenoFlow lahir dan digunakan setiap hari oleh DBENA Sdn Bhd, kontraktor berdaftar CIDB Gred G4 di Lembah Klang.
Bukan team yang lemah.
Sistem yang tak ada.
Kebanyakan kontraktor renovation PKS masih bergantung pada alat yang tak bercakap antara satu sama lain. Akibatnya:
Lead hilang
Enquiry dari ads bertaburan dalam WhatsApp peribadi staff. Tak ada rekod siapa follow up, lead terlepas tanpa sedar.
Kos tak terkawal
Pembelian bahan dan upah direkod lewat atau langsung tak direkod. Untung sebenar projek hanya tahu selepas siap.
Client tertanya-tanya
Client call setiap minggu tanya status kerja dan baki bayaran. Perubahan skop tak ada rekod bertulis.
Dokumen bertaburan
Quotation, perjanjian, VO, resit dan gambar tapak di tempat berbeza. Susah nak rujuk, susah nak claim.
Dari iklan pertama sehingga kunci diserahkan.
Setiap projek bergerak melalui 12 peringkat yang jelas. Bos nampak di mana setiap projek berada, dan apa langkah seterusnya.
Satu projek, dari lead ke handover.
Ikut perjalanan satu projek renovation sebenar dalam RenoFlow. Sepuluh orang terlibat, tapi semua orang nampak maklumat yang sama.
- Lead masuk sendiri
dengan sumber dan sales yang bertanggungjawab - Quotation, e-sign dan bayaran
tanpa kertas, tanpa tunggu - Laporan tapak terus dari site
sampai kunci diserahkan
Kerja berulang, sistem yang buat.
Team fokus pada projek.
Lead masuk sendiri. Tak ada yang terlepas.
Borang sales page terus masuk Telegram team sales dan ter-key in dalam sistem, siap dengan sumber dan PIC.
- Pipeline 12 peringkat, tapis ikut stage, PIC dan kawasan
- Nombor berganda dikesan, tak jadi lead dua kali
- Tukar PIC atau tanda Lost beserta sebab


Quotation konsisten. Client sign di telefon.
Item Library simpan unit rate standard syarikat, jadi setiap QS sebut harga yang sama dan margin terkawal.
- Quotation profesional dengan revision, versi lama tak hilang
- Client baca dan e-sign quotation melalui link WhatsApp
- Perjanjian kontrak dan Variation Order juga ditandatangan digital


Tahu untung projek, sebelum projek siap.
Jadual bayaran ikut peringkat kerja. Invois dan resit rasmi bernombor berturutan, baki kontrak dikira sendiri.
- Peringatan tuntutan bayaran yang dah sampai masa
- Kos bahan, upah dan subcon ikut kategori, untung kasar live
- Finance: kutipan, hutang tertunggak dan trend 12 bulan


Supervisor lapor dari tapak. Client nampak progress sendiri.
Site supervisor hantar laporan harian dengan gambar dan % setiap fasa terus dari telefon. Ada isu di tapak? Team operasi dapat alert di Telegram serta-merta.
- Purchase Request dari tapak, admin lulus, PO terus ke kedai hardware
- Client portal: progress, gambar tapak dan baki bayaran tanpa login
- Syarikat pilih apa yang client boleh nampak, tutup bila-bila masa
Site supervisorClient portal


Bos nampak semua dalam satu dashboard.
Sales, projek berjalan, tuntutan bayaran dan pipeline dalam satu skrin. Laporan harian dan mingguan dihantar sendiri ke group pengurusan di Telegram.
- Commission dan Performance setiap staff dikira sendiri
- Akses ikut peranan: sales, QS, supervisor, account, manager
- Setiap tindakan direkod dalam log aktiviti untuk audit


Semua yang syarikat renovation perlukan, dalam satu tempat.
Sales & lead
- Leads & Projects, pipeline 12 peringkat
- Auto key-in dari sales page & Telegram
- Semakan nombor berganda
- Site visit, ukuran & skop dari telefon
- Tukar PIC, tanda Lost dengan sebab
Quotation & kontrak
- Item Library & unit rate standard
- Quotation dengan revision
- E-sign quotation & perjanjian
- Penolakan QS dengan sebab
Kewangan projek
- Jadual bayaran ikut peringkat
- Invois & resit rasmi bernombor
- Variation Order disign client
- Kos projek & untung kasar
- Peringatan tuntutan bayaran
Tapak & purchasing
- Laporan tapak, gambar & % fasa
- Alert isu tapak ke Telegram
- Permit PBT & jadual projek
- Purchase Request, PO & dashboard kedai
Pengurusan & client
- Dashboard: sales, projek, trend 12 bulan
- Finance: kutipan, hutang, kos & untung
- Laporan harian & mingguan ke Telegram
- Commission & Performance staff
- Akses ikut peranan
- Client portal dikawal syarikat
Beza bila ada sistem yang betul.
| Bahagian | WhatsApp, kertas & Excel | Dengan RenoFlow |
|---|---|---|
| Lead | Disalin manual, ada yang terlepas | Masuk sendiri dengan sumber dan PIC |
| Quotation | Excel lain-lain setiap QS, versi bercampur | Unit rate standard, revision tersusun, e-sign |
| Bayaran | Resit tulis tangan, baki kira semula | Invois & resit bernombor, baki dikira sendiri |
| Tapak | Gambar bertaburan dalam pelbagai group | Laporan harian ikut fasa, alert isu ke Telegram |
| Pembelian | Order melalui call, kos tak direkod | PR → lulus → PO ke kedai → kos masuk projek |
| Client | Call setiap minggu tanya status | Portal peribadi dengan progress dan gambar |
| Pengurusan | Untung projek tahu selepas siap | Dashboard dan laporan harian automatik |
Kontraktor, client dan pembekal dalam sistem yang sama.
Bukan sekadar sistem dalaman. Client dapat portal sendiri, kedai hardware dapat dashboard percuma untuk sahkan harga dan stok. Satu kedai boleh layan ramai kontraktor.
- White-label. Client nampak nama dan logo syarikat anda, bukan nama kami.
- Data anda milik anda. Setiap syarikat disimpan berasingan, dengan backup harian.
20 syarikat pertama.
Kami setup, anda terus guna.
Kami buka RenoFlow kepada 20 kontraktor renovation pertama sebagai Founding Partner. Anda dapat sistem yang sama yang DBENA guna setiap hari, dan kami bantu sampai team anda betul-betul jalan.
Sales page + sambungan Telegram, percuma
Sales page renovation untuk syarikat anda, lead terus masuk Telegram dan RenoFlow. Sama macam flow yang DBENA guna.
Migrasi data oleh team kami
Lead, projek dan senarai harga sedia ada dari Excel kami pindahkan untuk anda.
Training ikut peranan
Sesi hands-on untuk sales, QS, site supervisor, account dan pengurusan.
Harga khas Founding Partner
Harga dikongsi semasa sesi demo. Founding Partner dapat harga istimewa yang tak dibuka kepada umum.
- Hari iniIsi borang, kami hubungi dalam 1–2 hari bekerja
- Sesi demo30 minit, online atau di pejabat anda
- Januari 2027Onboarding Founding Partner bermula
Tengok RenoFlow dengan projek anda sendiri.
Isi borang ni. Team kami akan WhatsApp anda untuk tetapkan sesi demo 30 minit.
- Tiada caj untuk sesi demo
- Kami tunjuk ikut cara kerja syarikat anda
- Tiada komitmen untuk langgan
Yang selalu ditanya.
Perlu install app ke?
Tak perlu. RenoFlow dibuka di browser, sama ada di komputer atau telefon. Staff dan site supervisor boleh tambah ke home screen telefon macam app biasa.
Client nampak nama RenoFlow atau nama syarikat saya?
Nama dan logo syarikat anda. Quotation, invois, resit, e-sign dan client portal semuanya keluar dengan jenama anda sendiri.
Berapa harga langganan?
Harga dikongsi semasa sesi demo, ikut saiz team dan keperluan syarikat. Founding Partner dapat harga istimewa, termasuk setup sales page dan sambungan Telegram percuma.
Sesuai untuk syarikat kecil?
Ya. RenoFlow dibina untuk kontraktor PKS. Kalau team anda 3 orang pun, sistem ni dah boleh jimatkan banyak kerja follow up, quotation dan kutipan bayaran.
Data lama dalam Excel macam mana?
Team kami bantu pindahkan lead, projek dan senarai harga sedia ada ke dalam RenoFlow semasa onboarding.
Data syarikat saya selamat?
Data setiap syarikat disimpan berasingan dan tak bercampur dengan syarikat lain, dengan backup harian. Akses staff dikawal ikut peranan dan setiap tindakan direkod.
Bila boleh mula guna?
Sesi demo boleh dibuat sekarang. Onboarding Founding Partner bermula Januari 2027, ikut giliran pendaftaran.